My Blog has moved! Please click the image to redirect to my new homepage
http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Seze18s1CeI/AAAAAAAAJAQ/roRhR93GN7g/bgr_header%20copy.jpg

Pindah Rumah Baru

Friday, May 15, 2009 0 comments

Alhamdulillah, termakbul jugak hajat nak ada rumah sendiri. Setelah sekian lamanya mencari tema dan layout yang sesuai, termasuk jugak express study pasal wordpress dan application yang berkaitan, saya persembahkan lawan web baru saya dia http://www.lanzphotography.com
Sudi-sudikan jengok dan tinggalkan komen mana yang patut. Takde komen ni macam syok sendiri pulak. Ada beberapa pages lagi saya akan tambah di sana, jom kita ke sana. Thanks for the support. Selamat tinggal google!
http://lh4.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SgzRomv5w5I/AAAAAAAAJWg/SAcjfq3_jVE/DSC_6162web.jpg

Read More......

Free Digital is the Name of the Game

Wednesday, May 6, 2009 5 comments

Everybody should realize now that digital output now has becoming cheaper and almost free.
Sooner or later any data from digital gadget has no value and accessible.

I just finished watching live streaming semifinals between Chelsea & Barcelona (Owh!...Chelsea should use the advantage of their extra man in 2nd half). I used to called friends around here to watch paid TV for the soccer game with them. The closest thing I could watch live soccer match in my own comfort zone is from ESPN soccernet homepage. There's a guy will update the game progress by text. (I used to do this in the office where I worked before..:). The feels is not the same although you know the result as same as other people in the world. Watching live streaming is another story..

One of the student here told me about this p2p sharing. I go ahead and try and impressed that now I can watch the game with my kain pelikat. I can tolerate the quality but as long I can hear and see the gameplay is already rewarding. Wowza! I'm impressed!

Soon Malaysia will upgrade the infra for this broadband service and it's unavoidable. Imagine what will it benefit us and what's going to happen to digital producer? like digital photographer.
I know one thing, those digital data is priceless on the moment it happened. Couple of minutes/hour later, the value degrades unless we are the sole producer of the digitall data.
Those priceless data don't have to be as rich as Blueray Data in Sony propietery disc.
but when it has been long overdue...the data need to be as good as the moment it captured
http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SfgmTMzUReI/AAAAAAAAJH0/uKvtekwqHRY/DSC_4033.jpg

http://lh4.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sf4aRryXe-I/AAAAAAAAJQw/JGtWAlJg6h4/DSC_4044.jpg

http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sf4aT8VzzhI/AAAAAAAAJQ4/0A_KtTkWNh0/DSC_4119.jpg

Read More......

Bank Holiday with Pelillos a la Mar

Monday, May 4, 2009 0 comments

Ada performance free dari orang-orang Pulau Mallorca, Menorca, Ibiza and Formentera.
Saya tak pernah tau pun nama Pulau dari Spain. Diorang nak promote tempat diorang dan ambik slot 4 hari di Albert Square Manchester. Hari Jumaat terserempak dengan pertunjukan tarian tradisional diorang depan Arndale (Shopping Complex Manchester). Penari lelaki tagap-tagap tapi perempuannya makcik-makcik pakai kain kembang. Langsung terus tak berminat nak tengok acara seterusnya. haha.

Tapi sebenarnya sebelah malam dan hari berikutnya ada macam-macam acara seperti bunga api, stunt kuda, muzikal..argh rugi tak tengok. Lepas ada pertandingan fotografi pulak untuk sesiapa yang berminat dengan konsep kemeriahan acara dan gambaran tercantik tempat mereka nih. ada 3 hadiah aje...duhh.. dan yg tak bestnya : "By submitting an entry you are giving the rights to use, distribute and publicise your photograph freely in various media". Owh..ni memang nak ambik kesempatan rasanya. Free photo for their free event. Untuk ini, saya tak kisahlah sebab gambar yang saya ambil nanti bukan boleh jual kat diorang pun.

Saya pergi untuk last event, tapi lambat datang sebab sesat! gosh...saya memang tak hafal sangat jalan kat Town ni bah. Kalau cepat sikit dapat spot yg best untuk tangkap gambar kuda buat stunt. Saya aim show dari group Pelillos a la Mar. (tergeliat lidah menyebutnya).
3 shots saya submit yang saya rasa dah lari tajuk. Untung batu tenggelam, untung sabut...macam Tomok.

http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sf9k65RyWxI/AAAAAAAAJTE/0lHAyNTWlCg/DSC_5545.jpg
Gibson Les Paul tu beb!

http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sf9kYl7PxzI/AAAAAAAAJSc/NGbVOGB-fo4/DSC_5553.jpg
Lead guitarist

http://lh6.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sf9kfxazX4I/AAAAAAAAJS0/blIbBIbOMs8/DSC_5594.jpg
Oklah...ada nampak gambar pulau sikit kat belakang.haha

http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sf9kiUYItlI/AAAAAAAAJS8/yH7BPQSOaS4/DSC_5599.jpg
Layannnn!

p/s :- Blog baru saya hampir siap. Nantikan kemunculannya!

Read More......

Amazing Facts Manchester Museum

Wednesday, April 29, 2009 1 comments

Kalau ada orang melawat Manchester, kalau ditanya soalan.."Kat mana best jalan-jalan kat Manchester ni? Saya akan jawab dua.

1. Old Trafford Stadium (The stadium tour)
2. Museum of Manchester.

Muzium?..boring ah. Nanti dulu, ada beberapa benda yang tak dapat kita tengok di negara lain.
Masuk pun free, satu hari pun tak habis tengok semua.
Walaupun masuk muzium ni free, maiantenance dan kualiti galeri diorang memang impressive. Mungkin support dari government dan orang ramai amat menggalakkan untuk muzium ni.

Mungkin saya akan visit muzium ni untuk kali kedua sebab the first time saya berdua aje dengan anak bujang ni
http://lh6.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sff7npSUoLI/AAAAAAAAJEw/gYJBQz5iB9E/DSC_4680.jpg
Entrance ke muzium

http://lh4.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sff5Xu1eSRI/AAAAAAAAJB8/rSI2JBuqTBA/DSC_4623.jpg
Dari burung-burung ke binatang buas macam ni ada kat dalam ni. Saya tak pasti binatang ni diawet atau artificial. Tapi memang real.

http://lh4.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sff5ZX-L1dI/AAAAAAAAJCE/Jf9nZujlyE4/DSC_4625.jpg
Tapi Thaqif tak takut langsung dengan Polar bear ni, largest meat eater in the world.

http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sff7RuTn-cI/AAAAAAAAJDI/3gh4oZONjWE/DSC_4626.jpg
dia pelik tengok ada bermacam jenis kucing.

http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sff5e-Ta6fI/AAAAAAAAJCY/kGx3WQhHGYY/DSC_4635.jpg
Binatang betul yang paling besar dalam galeri ni lepak atas siling. Seekor baby Sperm Whale.

http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sff5hCcFPgI/AAAAAAAAJCg/C3kQ18fTBLg/DSC_4637.jpg
Different perspective of the giant mammal.

http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sff5nkNnP2I/AAAAAAAAJCw/1TC1HiPXW-M/DSC_4656.jpg
Ni mummi yang betul. Diorang ada buat poll whether is it okay to display this kind of human form. Seram sikit kat sini

http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sff7co5f1BI/AAAAAAAAJGI/Or6cxcCyNxw/DSC_4657.jpg
The two brothers coffin. jelingan maut.

http://lh6.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sff7eVyhVEI/AAAAAAAAJEA/b0RJHRLyuqI/DSC_4659.jpg
Gajah ni khabarnya menapak dari Edinburgh ke Manchester (200 batu) dengan Tuannya selama 10 hari.

http://lh4.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sff7f9TV7dI/AAAAAAAAJEI/b0kUT2i3gns/DSC_4664.jpg
Tarikan utama galeri ni - T Rex. Raja segala dinosaur

http://lh3.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sff7jEV7-ZI/AAAAAAAAJEY/9ICwTrSYmGk/DSC_4671.jpg
Saya suruh dia salam binatang tu. haha

http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sff7meuUl7I/AAAAAAAAJEo/cV-eOk57Plk/DSC_4679.jpg
Giant Crab ni kalau masak lomak sodap jugak ni!

Ada 2 level saya tak sempat explore, mungkin lain kali. Ambil gambar dalam muzium ni tak menjadi masalah. Semua dibenarkan. Jom nanti kita pergi sama-sama.

Read More......

Work in Progress 3

Monday, April 20, 2009 0 comments

Wah, for the past 4 days, I've picked up a lot of things. A lot of knowledge and hands on experience on.....Web Log....atau Blog bah.

Development untuk my new blog ni memang struggle sikit. Zero experience & kinowledge, tapi berkat kesabaran dan ketekunan belajar dari Internet boleh la nak design blog sendiri.
Apa yang saya belajar ialah jangan takut untuk mencuba dan memahami sesuatu yang baru. Walaupun ia nampak kompleks dan bersangkut paut dengan bermacam-macam jaringan masalah yang lain, jangan gentar untuk langkah yang pertama. Langkah yang pertama mungkin terjatuh atau tak tau apa yang kita pijak. Orang lain pernah melaluinya kenapa anda tidak. Anda mungkin boleh menyelesaikan lebih pantas daripada mereka.

http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Seze18s1CeI/AAAAAAAAJAQ/roRhR93GN7g/bgr_header%20copy.jpg

Nampak mudah tapi sedikit kompleks nak buat design blog ni. Patutlah ada orang sanggup upah orang lain nak buat blog mereka. Tapi..anda boleh buat juga tapi mungkin lambat sikitlah. Ia macam masalah Matematik, ada banyak cara untuk mendapatkan satu jawapan. Ada kaedah bekerja dari belakang (tengok jawapan) dan ada kaedah study group. Tapi yang pasti tiada kaedah Latih tubi sebab bila dah siap aje..tak perlu nak buat lagi maa. Bertubi-tubi kesalahan aje yang kita jumpa

My goal :
1. New Homepage & Web Blog (Sekali la)
ada gallery, development, contacts...
2. New Blog for Manchester Projek.
3. Portfolio (lambat sikit takpe...dah ada dah, pakai aje yang lama dulu)

Apa yang saya tengah study and praktis sekarang :

1. Web Hosting dan Domain name (First time dengar je dah gerun..tapi kacang je nih)
2. Wordpress features.
3. Wordpress Plugin
4. FTP
5. Slideshows
6. Javascript (Camne nak pakai aje)

Coming from Blogspot ni memang lain macam aje nak bawak Wordpress ni. Tapi dia punya features agak user friendly dan banyak plugin yang memudahkan kerja

Pada pandangan saya...kalau anda memang mahir dalam bab begini boleh jadi designer untuk blog-blog Datuk-datuk dan Menteri kita tu. Setiap seorang eventually kena ada blog..ada picture gallery..dan photographer kesukaannya. Ini untuk memberi mereka ruang untuk lebih transparent dengan rakyat dan orang-orangnya. Sebabnya..PM pun ada blog..ada picture gallery..ada menulis comment..dan gambar2 dalam gallery pun agak candid dan personal. How about that?..prepare your portfolio and off you go to maintain their sites..on monthly basis.. I can see this coming very strong.

Ok..saya pakai Tema ini..setelah 2 hari suntuk scouting untuk Tema yang memenuhi apa yang saya nak..simple n elegant..phew! sekarang, nak kena buat alteration sikit
http://lh4.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SeznQgPRdRI/AAAAAAAAJAw/o__Dy5XvMNk/screenshot.jpg
Entry lepas ni saya akan beritahu investment saya untuk buat semua ni..

Read More......

Tak boleh dibiar

Saturday, April 18, 2009 0 comments

Self portrait, tengah setting lighting untuk next project.
http://lh3.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SelFw7X6k1I/AAAAAAAAI98/7H6vmXqoE0A/DSC_4827-3.jpg
p/s - baju ni memang mengembang ke bawah ok. :)

Tengah ayah dia bekerja, Thaqif lain pulak kerjanya
http://lh3.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SelFv2dKtMI/AAAAAAAAI90/2T-8FVOSNVM/DSC_4816.jpg
Main camera..tengok jari dia macam pro sudah. Tapi lupa turn on the camera.

Lepas tu main gel rambut!!
http://lh6.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SelFxQZX0xI/AAAAAAAAI-E/ACx3NXA4aXY/DSC_4838.jpg
"Tak buleh ter'pico'!!" kata Wan dia.

Read More......

Gegak Gempita

2 comments

Satu hari tengah berjalan di tengah-tengah kota, ada terdengar suara sayup jauh di belakang bangunan. Makin lama makin kuat dengan nada yang sama. Dekat 1km boleh dengar bunyi ni. Saya pun pergi cari mana datangnya bunyi ni.

Oh..rupa-rupanya penyokong kuat Manchester City sebelum pasukan favourite diorang berlawan di UEFA Cup. Ada banyak koleksi lagu-lagu diorang dan semua orang kat situ hafal pulak tu. Gegak gempita di hadapan Exchange Square dibuatnya..atau..saja cari alasan nak 'minum' aje ni!
http://lh3.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SelFvSBMWRI/AAAAAAAAI9s/Hehytra8iB4/DSC_4880.jpg

Read More......

Available Lights : Location Cardiff, Wales

, Tuesday, April 14, 2009 2 comments

Ahh..lighting is the language of photography. Gambar diorang ni terperuk seketika dalam hardisk, jadi share dulu mana yang sempat.

Mengambil gambar dengan available lights ni bagi saya payah nak master. Kalau low sgt susah (contoh dalam bilik, indoor) dan kalau kuat sgt pun payah (contoh terlampau panas) macam dalam gambar-gambar bawah ni.
http://lh6.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SePdS9Q7P8I/AAAAAAAAI8Y/iOScIb4ow8Q/DSC_4266.jpg
Gambar ni senang aje...sebab lighting lebih kurang sama aje kat mana-mana. Jadi, saya ambil composition macam nilah..ada blur sikit foreground.

Kalau macam ni ada gelap kat belakang dan terang kat depan (contrast) , jadi saya suruh model tengok kat mana datang cahaya nu..Muka nak terang, clear..karang tak suka Mak Andam nanti. :)..Apo golap yo gamba kau ni Lan?.. "Artistic kak!"..
http://lh6.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SePdU7DX7dI/AAAAAAAAI8g/MQunj4f7ttw/DSC_4281.jpg

Model ni pun saya suruh buat yang sama...heeh..tapi saya frame jauh-jauh sikit
http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SePdXfnILdI/AAAAAAAAI8o/9uX6XpN7iao/DSC_4296-2.jpg

Hmm..Miss Jacq, I'm not sure whether you like this image or not. I'll send you everything later.
http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SePdMuOnveI/AAAAAAAAI8A/nta99xrhSD8/DSC_4105.jpg

Ok..kalau pakai flash..kira available light jugak ke?...Kalau dah ada ...pakai jelah. Itu je yang available masa tu. :)
http://lh4.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SePdQRTbOVI/AAAAAAAAI8Q/_GoZYbdrexA/DSC_4233.jpg
Harap-harap ada orang jatuh cinta dgn you tgk gambar ni Jacq. ;)
Ada sikit smile, relax,ada backlight, ada gerbang2 rambut

Dah macam trademark pulak ambik gambar group macam ni...
senja, gelap, biru, wide.

http://lh3.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SePdLS3WPII/AAAAAAAAI74/DmFY_Ec_EME/DSC_3977.jpg

Read More......

Work in Progress 2

0 comments

Dah dapat tools dan software yang secukupnya, bermula pula kerja-kerja idea kreatif. Kalau asyik browsing dan tengok homepage atau blog yang menarik memang memenatkan lebih-lebih lagi kalau kita nak design homepage yang baru. Saya memang tak pandai sangat bab-bab mereka laman web ni tetapi kalau nak install template dan ubah sikit-sikit tu okeylah. Jadi berbalik dengan kerja-kerja kreatif ni saya guna old school tools ajelah. Kertas dan pen. Idea memang laju turun mencurah-curah. Kalau buat design di depan monitor memang tak dapat beri tumpuan. (Asyik browsing ke sana ke mari)

Konsep saya kali ni biarlah simple dan straight to the point. Contohnya?..macam homepage google. Simple je...seketul, orang terus nak pakai. Saya combine aje blog dan official homepage sebab leceh nak maintain dua-dua. Link ke portfolio akan ditonjolkan sejelas-jelasnya. Ini khas untuk client dan orang baru nak berkenalan dengan Lanz photography. Mungkin, saya pun akan buat yang sama kalau tengok blog orang lain. Saya akan tengok gambar/hasil kerja dahulu barulah saya akan fikir nak baca blog. Tetapi tak semua orang macam tu, ada orang memang suka baca luahan perasaan orang lain dan berkongsi cerita.

Buku nota ni saya bawa dari Malaysia, penuh dengan lakaran-lakaran dan idea photography. Dulu ada pakai PDA, Tungsten T2 tapi battery dah kong! Teknologi sekarang dah jauh ke hadapan dari PDA tu. Macam Iphone...semua ada! Kamera, PDA, GOS, Internet, Alarm Clock, Music Player, Nak Blog, Tweeter..fuh semua ada belaka.Nasib baik saya tak hairan sgt dengan benda-benda ni..Dulu benda ni dipanggil Big Boys Toys, la ni..tak tau la releven lagi atau tidak..Semua orang dah ada satu.

http://lh3.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SePK7Fp_MuI/AAAAAAAAI68/mdbmU6PRf_w/DSC_4803.jpg

Read More......

Work in Progress

Sunday, April 12, 2009 1 comments

Currently, I'm working to establish my presence in the worldwideweb. I strongly believed that one need to do some investment in this area to add value for his company.

Invest some hosting, some software and loads of idea. The only thing left is to move forward and make it happen..quick. Keep watching this space for spanking brand new homepage!

Here, I've created slideshow for our recent trip to Newcastle & Edinbourgh.
Appreciate comments and feedback from you guys.

ie. Lembab ke..laju ke..normal.
I've reduced the picture quality somewhat to make them load faster.
Can u compromise the quality and the detail of the pics?

I'm using hosting from Malaysia tanahairku. :)

Thanks in advance!









Read More......

Diari Kekasut Panas

Wednesday, April 8, 2009 2 comments

Dah lama tak membeli buku-buku pasal Fotografi. Untuk mempelajari sesuatu teknik dan pendedahan kepada konsep-konsep yang segar dan baru, kenalah melabur sedikit. Baca melalui buku ini bagi saya lagi praktikal dan mudah nak faham kalau dibangdingkan dengan bacaaan dari internet atau softcopy. Kalau di laman web, selalu terganggu dengan link-link yang membawa kita ke tempat lain. Tumpuan tidak dapat diberikan dengan sepenuhnya.

Atau, ada jugak mamat-mamat yang rajin scan buku-buku macam ni dan kita boleh download dlm pdf. Dah pernah try cara macam ni...tak praktikal jugak. Pernah download satu pdf ni..agak tebal, lebih 200 muka siap dgn gambar. Susah nak baca dalam komputer, jadi saya print dlm bentuk draft (untuk jimat ink). Gambar tak berapa clear walaupun tulisan boleh baca dgn jelas. Ink pun banyak pakai..kena pulak beli satu set cartridge lagi. Tetapi idea, konsep dan imej yang cuba nak disampaikan tu tak melekat dalam kepala sebab dia bukan dalam bentuk buku yang kita boleh bayangkan seperti buku-buku kita yang lain. Saya pasti, kita boleh bayangkan cover buku teks sejarah sekolah menengah dulu...coklat gelap..ada gambar black n white..(ni tahun awal 90an punya version daa)..macam tulah kita nak

Nah, penulis buku ini dah berkecimpung dlm fotografi lebih 30 tahun dan dia menghuraikan cara dia pakai flash dlm buku ini mengikut style dia yang tersendiri. Sangat teruja..dan kitorang dah dapat satu idea untuk next project. Project yang org belum pernah buat lagi.

http://lh4.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sd0nDz1jWiI/AAAAAAAAI5s/U3o8czVX7zE/DSC_4554web.jpg

Read More......

Hotel Lima Puluh Pound

, , Saturday, April 4, 2009 0 comments

Trip ke London dulu ada satu missing. Tempat kitorang bermalam. Malam yang bertanya di rumah member lama, Syam dekat Hickory Docks di mana ada banyak bangunan-bangunan baru kalau nak dibandingkan dengan central London.

Malam kedua kitorang decide tinggal di budget hotel. Tempatnya di Kensington Palace, ntah mana kami sesar malam tu. Kitorang check in lambat..pukul 11 malam sebab tak jumpa tempatnya. Budget punya pasal, ambik aje hotel 50 pound ni. Dalam description in the Internet (booking through internet je) dia cakap biliknye kecik aje. Tak kisahlah camtu..
http://lh3.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SdaojChEGgI/AAAAAAAAI3M/c-eI5-bJWLI/DSC_1042.jpg
Dari luar memang cantik, kemas dan bersih..

Dapat tingkat 3. Tangga yg tirus dan curam. Lepas satu hari suntuk berjalan kaki, nak memanjat tangga curam ni memang mintak 'nyawa' kata orang.
http://lh3.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sdaod4JlERI/AAAAAAAAI2c/h-BI85nj-A4/DSC_1012.jpg

bilik 3.3 to be exact. (Diorang dah modify floor ni sumbat bilik banyak-banyak)
http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Sdaoeglk1QI/AAAAAAAAI2k/ApB0yHeTwkI/DSC_1015.jpg

Silalah masuk...
http://lh6.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SdaofsSJKvI/AAAAAAAAI2s/if9__ZPbuLs/DSC_1017.jpg

Diorang cakap kecik...Tapi takkan la KECIK macam ni?..Thaqif pun check balik map betul ke hotel nih. Inilah besar bilik ni, queen bed dan pintu tu ialah pintu tandas. TV tergantung kat siling, kalau nak pakai kena bayar 5 pound kat bawak untuk sewa remote dia pulak.Hmm.kalau dah penat ni asal sorong bantal aje dah cukup..no complaint, u got what u paid.

http://lh4.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SdaogWu46uI/AAAAAAAAI20/WrEGR2VQFKs/DSC_1024.jpg

bilik air kalis air. Agaknya kalau tendang jamban tu mau tercabut tu.
http://lh4.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SdaohO7NLwI/AAAAAAAAI28/G7AptxjQYZ0/DSC_1026.jpg

Janji ada bantal..ada tilam..ada bilik air. Alhamdulillah..ZZZZ
http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SdaoiCZOHSI/AAAAAAAAI3E/3L2r5gZLe40/DSC_1040.jpg

Read More......

Cardiff Daffodil Girl

, , Wednesday, April 1, 2009 0 comments

We went to Cardiff, Wales . We met a Malaysian Girl while walking down Bute Park. The blooming daffodil make the girls crazy over the colourful yellow. I politely ask to make a photograph of her. I'm losing the sunlight pretty quick and need to shoot fast. Here it is with the Millennium Stadium in background and the nature beauty in foreground.
http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SdOYwQCMQ2I/AAAAAAAAIzA/ikKRufz2qhE/DSC_3947web2.jpg

Ah-ha..sebenarrnya, nilah Jacqueline, a Malaysian makes a living in Cardiff, UK. Thanks for the hospitality. Bila mau turun Manchester pulak bah?

you need to print them biglah!

Read More......

Potai oh Potai

Thursday, March 26, 2009 0 comments

Ingat lagi the last meal sebelum pegi UK..kat Azahar Maju, Senawang. Takde la best sangat.
Tapi, benda macam ni kalau tak jumpa atau dah takde barulah merasai kelazatannya.


Last 2 week melepas dendam kat petai. Kadang-kadang Kedai Kim Thai tu ada import petai dari Thailand. 50p sepapan beb! belasah je walaupun dah kecut. Hargailah petai-petai kat Malaysia tu. Nasib baiklah bukan peminat kerdas. Kalau tak, memang tak jumpa kat Kim Thai.
http://lh3.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/ScrHYvg6R3I/AAAAAAAAIvs/ghyG_x9DCmU/DSC_1652.jpg
(Anak bujangku itu sudah menyerlahkan kreativiti contengan puitisnya..lihatlah marker putih kat gambar tu)

Gambar tak berkaitan..iklan sekejap
Bilalah nak habis winter ni..cuaca di sini kejap panas..kejap sejuk bangat!
http://lh4.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/SaVG5fGNrfI/AAAAAAAAIBI/16e2U-WyH4I/DSC_1768.jpg

Read More......

London Underground yg Caya!

, Saturday, March 21, 2009 0 comments

Kitorang kena tabik jugak la kat sistem underground train diorang ni kat London.
Diorang boleh buat underground tunnel yg berlapis-lapis sampai kitorang tak tau sedalam mana kita orang turun tangga dekat underground station. Kalau pakai stroller yang bagak dan leceh sikit nak lipat macam kitorang punya agak mencabar kuasa urat tangan. Kitorang terpaksa mengangkat depan dan belakang stroller semasa turun tangga tu. Tapi, ada juga sesetengah stesen yang ada lif untuk turun tapi kami agak malang kerana boleh kata semua perjalanan kami guna tangga. Tapi, itulah hakikat travelling ni, tak sah kalau tak feel, tak bau, tak pijak dan tak nampak pengalaman yang menarik ni (pada mulanya).

Kita boleh tengok signboard underground atau nama stesennya di kaki lima jalan utama. Gambar ini di area Circus London, tempat yang paling sibuk dgn orang yg kaki shopping dan orang-orang opis. Ironinya nama Circus ni bukan tempat tengok circus.

http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/ScV7hpZJPJI/AAAAAAAAItU/IZQghlNjXPI/DSC_0987.jpg

Boleh nampak dari jauh stesen underground ni sebab ada signboard 'underground' yang besar
http://lh6.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/ScV7qAcILPI/AAAAAAAAIt8/5DwmvecFCaU/DSC_1248.jpg
lagi cerita di mukasurat berikut

Tak sure la sekarang ni boleh ambik gambar ke tak kat dalam tube station ni.
gambar ni di tingkat yang paling bawah sekali, agak panas dan bau habuk besi.
http://lh4.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/ScV7m7LTz-I/AAAAAAAAIts/xBd7-dlA1KY/DSC_1011.jpg

Dalam tube..lebih kurang macam dalam LRT kat Malaysia. Kitorang diberi keutamaan tempat duduk sebab bawak budak kecik & stroller. :)
http://lh3.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/ScV7ou0znhI/AAAAAAAAIt0/u_-bJtx3vpE/DSC_1081.jpg

Ada banyak line underground, tapi yg ini paling laju, kalau tak silap Central Line
http://lh3.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/ScV7jmWzaoI/AAAAAAAAItc/Oy7iNMztdEQ/DSC_1002.jpg

Kalau train penuh, kena berdiri jugak gamaknya
http://lh3.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/ScV7lQpks8I/AAAAAAAAItk/HhZPH4WLpqM/DSC_1005.jpg

Jacq join kitorang later the evening. Nyaris siku dia tak terkehel.
http://lh3.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/ScV7rS2EyRI/AAAAAAAAIuE/r8708beu0-w/DSC_1281.jpg

Read More......