My Blog has moved! Please click the image to redirect to my new homepage
http://lh5.ggpht.com/_GDSbJt-LMgg/Seze18s1CeI/AAAAAAAAJAQ/roRhR93GN7g/bgr_header%20copy.jpg

The Night before 2009

, , , Tuesday, January 13, 2009

Jadi, nak sambung balik cerita tahun baru hari tu..

Tengok review dari internet especially di London, pengunjung yg nak tengok bunga api dinasihatkan datang awal seelok-eloknya jam 8 lapan untuk mengelakkan kesesakan dan berebut..katanya. Ditambah lagi, kalau dah masuk dalam crowd tu, elok duduk kat situ aje dan jgn nak menggatal keluar sebab mungkin anda tak jumpa keluarga/kawan-kawan bila anda patah balik. Uh! mesti jam pack malam ni..aku berkata. Jadi kitorang pun segera membungkus diri dgn pakaian yg tebal sebab memang sejuk gila malam tu. Tapi hampas! Pukul 10 lengang macam ni kat Manchester.



Argh! Dahla sejuk gile, kedai pun habis tutup dan takde tempat nak lepak memanaskan badan. Kitorang pegi jalan-jalan tengok mana org Manchester ni pegi.

Kitorang sampai kat Hard Rock Cafe. Dulu memang wajib masuk dalam HRC ni sebab nak angkat baju edition city dia. For now dah tak rasa excited macam dulu dah. Ada banyak lagi yg menarik...atau umur dah meningkat kot..haha.



Hmph! Kat sini rupanya diorang. Beratur panjang untuk memanaskan badan. Kalau orang kita yang jadi penggemar minuman dan aktiviti macam ni agaknya menangis kegembiraan kat Manchester ni.



Selamba aje kat 2 degree C macam ni. Kitorang dah nak beku jari, korang rilek je..



Nasib baik Burger King bukak sampai pukul 11. Kitorang lepak di burger king sambil makan fries dan minum kopi sikit.11.15, barulah org keluar depan Arndale nak tengok bunga api dan menyanyi-nyanyi. Ada jugak guard yg dengki kat situ bagitau kitorang takde bunga api malam ni. Takde apa, korang balik jelah....

Eye of manchester sebelum bunga api start. Gila slow benda tu berpusing.



Tapi kalau bagi exposure dalam 9 saat, nampak macam nak tercabut roda ni.



Kitorang cepat blah sebelum kena kejar dgn org mabuk.



Related Posts :



0 comments:

Post a Comment